Langkau ke kandungan utama
Malaysia

Menjalani Kehidupan dengan PFO selepas Serangan Strok

Stroke impact i Stock 1092112400

Semasa serangan strok, sel otak tidak mendapat oksigen yang diperlukan. Ini menyebabkan sel otak mati. Kesan serangan strok bergantung pada bahagian otak tempat strok berlaku dan bilangan kematian sel yang disebabkan oleh serangan strok tersebut.

Terdapat banyak perubahan fizikal, kognitif dan emosi yang biasa berlaku selepas serangan strok:

  • Masalah bertutur atau memahami bahasa
  • Berasa marah atau mengalami kemurungan
  • Terlupa, keliru
  • Lemah, lumpuh, letih

Cara untuk mengurangkan risiko mendapat serangan strok lagi

Sebaik sahaja anda diserang strok, anda berkemungkinan mendapat serangan strok lagi.¹ Anda mempunyai kuasa untuk mengurangkan risiko tersebut melalui diet, senaman dan pengurusan ubat. Sentiasa ingat bahawa perubahan gaya hidup tidak akan menutup PFO anda.

Ketahui cara penutupan PFO dapat mengurangkan risiko

FAKTOR RISIKO UNTUK SERANGAN STROK

TEKANAN DARAH
Tekanan darah tinggi ialah faktor risiko yang penting untuk serangan strok. Bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan anda untuk mencapai matlamat tekanan darah anda.

KOLESTEROL
Selalu memeriksa tahap kolesterol anda. Ubat dan tabiat gaya hidup yang sihat boleh membantu untuk menurunkan tahap kolesterol.

GULA DARAH

Lakukan ujian gula darah anda. Sesetengah orang menghidap diabetes dan tidak tahu tentang perkara tersebut sehingga sesuatu seperti serangan strok berlaku.

MEROKOK

Menghisap rokok akan meningkatkan risiko mendapat serangan strok. Jika anda merokok, berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang cara untuk berhenti.

AKTIVITI FIZIKAL

Aktiviti fizikal mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes dan mungkin serangan strok itu sendiri. Aktiviti fizikal juga boleh meningkatkan pemulihan. Pasukan penjagaan kesihatan anda boleh membantu berkaitan pelan yang sesuai untuk anda.

ALKOHOL

Jika anda minum alkohol, hadkan kepada 1 minuman sehari untuk wanita atau 2 minuman sehari untuk lelaki.

Rujukan
  1. Benjamin EJ, Muntner P, Alonso A, et al. Heart disease and stroke statistics—2019 update: a report from the American Heart Association. Circulation. 2019;139:e56–e528. doi: 10.1161/CIR.0000000000000659
MAT-2313816 v1.0 | Item diluluskan untuk kegunaan Malaysia sahaja.