Langkau ke kandungan utama
Malaysia

Penutupan PFO dan Pengurangan Risiko Serangan Strok

About procedure i Stock 486858785

Dapatkan penutupan dan ketenangan fikiran dengan PENYUMBAT PFO

Ketakutan mendapat serangan strok lagi boleh menjadi sangat luar biasa. Terutamanya apabila anda tidak tahu perkara yang menjadi punca serangan strok pertama anda dan anda tahu anda berisiko untuk mendapat serangan strok lagi. Menutup paten foramen ovale anda (PFO) dengan penyumbat PFO terbukti dapat mengurangkan risiko mendapat serangan strok lagi. Garis panduan daripada pelbagai persatuan pakar perubatan di seluruh dunia menyokong penutupan PFO pada pesakit terpilih

Terdapat pelbagai reka bentuk penyumbat PFO. Kebanyakannya terdiri daripada cakera logam kecil yang boleh diletakkan di dalam jantung anda untuk menutup PFO melalui teknik berasaskan kateter yang invasif minimal. Penyumbat PFO direka untuk menghentikan aliran darah dan potensi pembekuan darah melalui PFO. Prosedur penutupan PFO tidak memerlukan pembedahan jantung terbuka.

Ms

Terbukti dapat mengurangkan risiko serangan strok berulang

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa pada pesakit yang telah menjalani prosedur penutupan PFO bersama-sama dengan pengambilan ubat yang mengurangkan pembekuan darah, risiko relatif untuk mendapat serangan strok lagi telah berkurang sebanyak 59% berbanding dengan pesakit yang hanya menerima ubat.¹

Penyumbat PFO telah terbukti jauh lebih berkesan dalam mengurangkan risiko serangan strok berbanding ubat sahaja.2

Bagaimanakah Penyumbat PFO diimplan?

Ketahui perkara yang boleh dijangkakan semasa dan selepas prosedur invasif minimal ini.

Ketahui tentang prosedur tersebut
Rujukan
  1. Messé SR, Gronseth GS, Kent DM, et al. Practice Advisory update summary: Patent foramen ovale and secondary stroke prevention. Neurology. 2020;94:876-885.
  2. Saver JL, Carroll JD, Thaler DE, et al. Long-term outcomes of patent foramen ovale closure or medical therapy after stroke. N Engl J Med. 2017;377:1022-32.
MAT-2313819 v1.0 | Item diluluskan untuk kegunaan Malaysia sahaja.