Langkau ke kandungan utama
Malaysia

Memahami hubungan antara PFO dan strok

Talisman header

Kemungkinan, anda mengetahui bahawa anda mempunyai paten foramen ovale (PFO) selepas anda mengalami strok iskemia. Anda tidak bersendirian. Hampir separuh daripada orang yang strok mereka tidak diketahui puncanya juga mempunyai PFO.
Tiga perkara yang anda perlu tahu tentang PFO dan strok:
1. Mempunyai PFO boleh menyebabkan serangan strok.
2. Satu serangan strok meningkatkan risiko mendapat serangan strok lagi.
3. Menutup PFO akan mengurangkan risiko mendapat serangan strok lagi.

Ketahui lebih lanjut tentang PFO Muat turun brosur

Christine kembali menggunakan sawat injak 1 minggu selepas penutupan PFO beliau

Selepas Christine Lee diserang strok pada usia 33 tahun, pakar neurologinya mengarahkan untuk melakukan ekokardiogram transesofagus untuk mencari PFO. Hampir 6 bulan selepas serangan strok pertama, beliau telah mengalami TIA. Pakar neurologi beliau kemudian membuat rujukan kepada pakar kardiologi intervensi yang mengesyorkan supaya Christine menjalani prosedur penutupan PFO dalam masa 7 hari.

Dengarkan pengalaman beliau

Saya telah menerima banyak e-mel daripada para pembaca yang mengatakan pakar neurologi mereka tidak akan membuat rujukan kepada pakar kardiologi intervensi. Pakar neurologi mereka tidak akan berbuat demikian. Para pembaca ingin mengetahui nama pakar kardiologi saya kerana mereka sangat terdesak.”

— Christine Lee, AS
Penutupan PFO

Kurangkan Risiko Anda untuk Mendapat Serangan Strok Lagi

Dengan menutup PFO anda, doktor anda mungkin dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan strok lagi dengan ketara. Tonton cara prosedur tersebut berfungsi.

MAT-2101829 v1.0 | Item diluluskan untuk kegunaan OUS Global sahaja.